legal issues
 
Sunday, November 23, 2008
BLOG
Fenomena Blogging telah melanda negara kita sejak tahun 2004.Hampir separuh pengguna internet di Asia mempunyai blog hasil kajian yang dibuat oleh Microsoft.Apakah yang dimaksudkan dengan blog? Blog merupakan singkatan dari “web log” biasanya di selenggara oleh individu dan mengandungi komen-komen, penerangan sesuatu acara atau bahan-bahan seperti gambar-gambar atau video.Terdapat beberapa jenis blog dan setiap jenis adalah berbeza dari segi kandungan,cara penyampaian dan cara penulisan oleh setiap individu.Bloggers telah dianggap sebagai satu cara alternatif penyebaran maklumat atau berita yang tidak diperolehi di dalam media-media mainstream .Sesetengah blog juga dicipta untuk membalas atau memberi penjelasan terhadap bahan-bahan yang telah terdapat didalam suratkhabar mainstream,tv dan juga radio.Di Malaysia,blog berunsurkan politik telah menjadi tumpuan utama tidak seperti negara-negara asia lain yang hanya mempunyai peratusan sebanyak 14% sahaja.56% dari bloggers di negara kita mencipta blog untuk menyatakan dan meluahkan perasaan serta pendapat mereka,manakala selebihnya untuk menceritakan tentang perkembangan diri buat kawan-kawan dan juga keluarga.

Pilihanraya umum ke-12 yang lalu,telah menyaksikan tsunami politik dan menyebabkan perubahan yang ketara dimana pengaruh kerajaan semakin merosot dikalangan rakyat.Antara faktor utama kekalahan teruk kerajaan adalah disebabkan wujudnya blog-blog sebagai sumber alternatif maklumat kepada rakyat.Ini kerana rakyat sudah bosan serta muak dengan sumber maklumat dari media-media utama yang tidak terbuka serta melaporkan secara berat sebelah.Ekoran dari perkembangan yang membimbangkan,kerajaan telah mengguna pakai beberapa undang-undang sedia ada untuk mengaitkan mereka dengan kesalahan-kesalahan berhubung blog.Mereka berpendapat,implikasi undang-undang tidak dihiraukan oleh bloggers dan tindakan harus di ambil di bawah kes jenayah dan kes sivil untuk menyekat para bloggers tersebut.Setakat ini sebanyak 7 kes berhubung dengan kesalahan blog telah didakwa di mahkamah.Undang-undang berkaitan kesalahan-kesalahan blog adalah seperti berikut:

1. Akta Komunikasi dan Multimedia(1998)
2. Akta Hasutan 1948
3. Kanun Keseksaan
4. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
5. Akta Rahsia Rasmi 1972
6. Akta kesalahan-kesalahan di Luar Negeri 1976

Di bawah Akta Hasutan sekyen 3, bloggers boleh di dakwa atas kesalahan menghasut dengan menimbulkan rasa benci terhadap kerajaan,Raja-raja,Institusi Kehakiman,kaum-kaum serta hak-hak istimewa orang Melayu. Kanun Keseksaan sekyen 298A membolehkan seseorang bloggers didakwa jika menimbulkan kekacauan atas nama agama,manakala sekyen 499 dan 500 memperuntukkan bagi kesalahan fitnah(Defamation).Sekyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri membolehkan dakwaan dilakukan di atas penyebaran laporan palsu oleh bloggers dan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia sekyen 233 bloggers boleh di dakwa atas kesalahan penyalahgunaan kemudahan network.Ini merangkumi sebarang komen,artikel yang mempunyai sifat yang salah,mengganggu, atau mengugut orang lain.

Kerajaan mengisytiharkan akan menangani gejala blog ini secara serius antaranya dengan mewujudkan program bersama bloggers di RTM dan juga menubuhkan pasukan khas respon terhadap blog yang di anggotai oleh unit khas pihak polis bagi memantau gejala blog ini.Jika dikesan terdapat unsur-unsur kesalahan berhubung blog, pasukan ini akan menangkap bloggers berkenaan dan akan memaksa mereka menutup blog tersebut atau akan didakwa.Ramai yang membantah tindakan ini kerana di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.Sekyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [REPRINT 2002] menyatakan (Nothing in this Act shall be construed as permitting the censorship of the Internet.)

posted by Q-KHALIFA @ 7:18 PM   0 comments
"Legal Study"

Emansipatif, Liberatif Dan Pencerahan

Issues
Archives
Objectives

- To give information on legal issues and others and To provide a room for discussion.

Co-ordinator

Ahmadgeronimo,Eekmal Ahmad(studying in Bachelor of Legal Studies(BLS) at UiTM.

Links
Templates by
Free Blogger Templates
Mesothelioma Attorney
Number of Visitors