legal issues
 
Friday, November 25, 2005
cerita pendek
Leviathan adalah makhluk berkuasa absolut, raksasa adikuasa yang diabadikan oleh Thomas Hobbes di dalam bukunya yang bertajuk sama dengan mahluk itu. Hobbes menghasilkan karya tersebut sewaktu berlaku pertelingkahan di antara Parlimen dan Raja Charles I, dan beliau memilih bersama kuasa monarki, kuasa menindas! Bagi Hobbes mungkin lebih baik bersama hantu yang dikenali daripada hantu yang tidak dikenali. Hobbes mahukan jawapan praktikal terhadap masalah perebutan kuasa. Bagi beliau manusia ini senantiasa berada di dalam keadaan yang ribut, terhimpit di dalam keadaan kesunyian,miskin, kekejaman dan penindasan serta yang paling dahsyat, hayat yang pendek! Dan beliau memang melalui keadaan perit itu, kesempitan hidup kerana peperangan, hidup hanya untuk hidup, malah lahirnya ke duniapun tidak cukup umur.

Tapi Hobbesian bukan tidak dikritik, idea beliau diserang oleh manusia yang tidak pernah keluar dari radius 40 batu bandarnya yang bernama Kognisberg, Jerman. Nama besar itu adalah Immanuel Kant.Melalui karyanya Perpetual Peace, Kant mengkritik bahawa pemerintahan raksasa yang merampas, memanipulasi dan menipu untuk mendapat keabsahan pemerintahan tidak mempunyai kekuatan moral. Mereka hanya akan menjadi lelucon apabila tua kerepot, raksasa yang sayup-sayup hayatnya nanti akan dikejar habis tak bertulang dimakan dubuk-dubuk oportunis, itu seharusnya menjadi nasib mereka dan mungkin yang lebih parah mati tidak berkubur! tidak bernisan!
Insan yang bernama Kant juga menggesa dengan satu pertanyaan yang menggugah akal budi manusia di dalam satu makalah yang bertajuk Was Ist Aufkalrung? (apa itu pencerahan).Beliau mengatakan manusia yang tercerah itu manusia yang keluar dari ketidakmatangan yang dicipta sendiri, sedangkan ketidakmatangan adalah ketidakmampuan menggunakan akal-fikir serta harus dengan bantuan orang lain . Mereka ini bukan mempunyai kurang daya-fikir tetapi tidak berani untuk menggunakannya, ubat untuk mereka bagi Kant adalah Sapere Aude! Beranilah berfikir tanpa bantuan orang lain!

Lalu untuk orang yang masih takut akan raksasa berkuasa absolut, yang kuasa saktinya menggerunkan, memukau dan lebih-lebih lagi, kononnya, kebijaksanaan makhluk pandai menyamar ini tak terjangkau walau kita berhimpun seramai manapun, tetaplah yang bodoh itu rakyat yang terbanyak, umpama bodoh itu inalienable rights kita, hah! Jadi apa keputusan kita? Berdiam?
Tanpa kita sedari yang menghadiahi kekuatan tersebut adalah kita, oleh kerana itu sedarlah! Selagi kita tidak mampu keluar dari ketidakmatangan yang ditempa sendiri selagi itulah kita tidak tercerah, selagi itulah kita tidak mampu membuat perubahan walau untuk diri kita sendiri. Boleh saja sesetengah golongan mendakwa keabsahan otoriti mereka turun dari langit, keturunan yang mulia lagi tidak tercela,ataupun sebagaimana Hobbes, hayat yang terseksa dan pendek, oleh itu harus saja ada adikuasa untuk memerintah jagat ini agar tidak ribut, tapi manusia di Eropah sudah kena biasan Pencerahan, Tiada lagi dan tidak mahu lagi tirani, kesan tirani samaada dari kanan atau kiri sama saja, dan hayat yang pendek serta kejam bukan alasan kukuh untuk kuku besi, tanya saja pada Salvador Dali pelukis asal Catalan itu, alasan seperti itu hanya membuatkan beliau lebih produktif walaupun berahi beliau kepada Gala membuatkannya menghasilkan karya besar seperti The Great Mastubator dan The Girl at The Window.
posted by Q-KHALIFA @ 6:57 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
"Legal Study"

Emansipatif, Liberatif Dan Pencerahan

Issues
Archives
Objectives

- To give information on legal issues and others and To provide a room for discussion.

Co-ordinator

Ahmadgeronimo,Eekmal Ahmad(studying in Bachelor of Legal Studies(BLS) at UiTM.

Links
Templates by
Free Blogger Templates
Mesothelioma Attorney
Number of Visitors